PERTUBUHAN GAGASAN MELAYU BERSATU MALAYSIA (PGMB) |
SEJARAH
PENUBUHAN PGMB MALAYSIA
PGMB atau nama sebenarnya
“PERTUBUHAN GAGASAN MELAYU BERSATU MALAYSIA” adalah sebuah pergerakan yang
menjurus kepada usaha-usaha menerapkan nilai-nilai murni dan bertujuan untuk
menyatupadukan semua orang MELAYU ISLAM yang kini kelihatannya seolah-olah
sedang berpecah belah.
PGMB diasaskan pada sekitar
tahun 2016, di negeri Johor Darul Ta’dzim iaitu di daerah Pontian Kechil, dan
telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan NGO yang sah di Shah Alam Selangor.
Telah didaftarkan dengan rasminya pada 14/03/2016 dengan Pendaftar Pertubuhan
Malaysia, mengikut segala peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah
termaktub.Pengasas utama yang telah bertungkus lumus tanpa mengenal erti penat lelah, menubuhkan pertubuhan ini adalah YDP TUAN PRESIDEN MOHD HASLAN BIN MAHAT
atau lebih dikenali dengan nama KHALIFAH TOK AYAH ULUL AMRI. Penubuhan ini
tercapai dengan hasil kerjasama dari semua Ahli Majlis Tertinggi PGMB MALAYSIA
yang terlibat dan juga dari ahli-ahli lain PGMB seluruh MALAYSIA.
Bertujuan menyatukan bangsa
MELAYU ISLAM dengan semangat keMELAYUan demi Agama, Bangsa dan Negara adalah
objektif utama dan hala tuju pertubuhan ini. Menjalankan program dan aktiviti yang
berunsurkan pendidikan, kebajikan dan sosioekonomi bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat
menyumbang kearah kemajuan negara.
Memupuk nilai-nilai murni
kepada semua peringkat lapisan umur dari anak ke dewasa bagi melahirkan generasi yang
berhemah tinggi disamping memberikan bantuan kepada golongan yang kurang
berkemampuan.
PGMB MALAYSIA juga kini telah
mempunyai Pejabat Rasmi yang berpengkalan di Negeri Melaka.
DEFINISI LAMBANG DAN WARNA LOGO
PERTUBUHAN GAGASAN MELAYU BERSATU MALAYSIA (PGMB)
PADI : Melambangkan
sifat keperibadian dimana menunjukkan sifat dan sikap merendah diri dan
mempunyai ilmu yang tinggi
PERISAI : Melambangkan semua ahli adalah merupakan orang yang di amanahkan
untuk menjaga dan melindungi kesucian, keluhuran serta kebenaran agama ISLAM
yang menjadi asas dan teras kepada perjuangan.
KERIS
DAN TENGKOLOK : Melambangkan identiti yang mewakili kaum majoriti di dalam Malaysia
iaitu kaum MELAYU.
BULAN
DAN BINTANG : Melambangkan agama rasmi di dalam Malaysia iaitu agama ISLAM.
TAAT
: Taat pada perintah ALLAH SWT dan RASULULLAH
SAW.
BERSATU : Bersatu hati dan
bergabung tenaga sesama bangsa melayu.
SETIA : Setia dalam
perjuangan memartabatkan bangsa Melayu supaya menjadi bangsa yang di segani dan
Berjaya.
WARNA
MERAH : Melambangkan semangat
keberanian, melambangkan warna tanahair yang menjadi tempat tumpah darah dan
wajib untuk di pertahankan dan di lindungi meskipun terpaksa berkorban harta,
masa, tenaga bahkan dengan nyawa sekalipun.
WARNA
KUNING : Melambangkan warna bangsa melayu berdaulat yang mempunyai pemimpin-pemimpin dari kalangan raja-raja dan
sultan-sultan yang memerintah dengan berpegang teguh kepada landasan agama ISLAM di
atas adat istiadat kesultanan melayu.
Testing Testing
ReplyDeleteAlhamdulillah... Terbaik
ReplyDeleteAlhamdulillah... Terbaik
ReplyDeleteAlhamdulillah... Terbaik
ReplyDeleteAlhamdulillah... Terbaik
ReplyDeleteAlhamdulillah terus kan langkah.
ReplyDeleteInsha allah kita sebagai satu family besar PGMB akan taat bersatu setia..
Teruskan langkah kita bersama sebagai keluarga pgmb malaysia
ReplyDelete